Seminar Keibubapaan Kaedah Khalifah

15 Jun 2008 (Ahad)
8:30am - 5:00 pm
Khalifah Institute, 298, Jalan 3, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang, Selangor

Terbuka kepada semua

Pengenalan:

Kaedah Khalifah membentuk peribadi cemerlang anak-anak melalui gabungan nilai-nilai Islam dan ilmu psikologi moden. Pendekatan ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi akan memudahkan ibu bapa kerana anak-anak akan terasuh dengan perbuatan-perbuatan baik. Penerapan konsep Khalifah membantu anak-anak memilih yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, orang lain dan alam sekeliling.

Objektif Kursus:

  1. Peserta dapat memahami peranan dan tanggungjawab sebagai Khalifah Allah dan bagaimana peranan sebagai Khalifah Allah menjadi faktor pendorong yang kuat bagi anak-anak.

  2. Peserta dapat memahami bagaimana pembelajaran dan pembentukan personaliti berlaku dan bagaimana untuk mengguna ilmu ini untuk membentuk anak secara berkesan.

  3. Peserta dapat mempelajari teknik mudah dan berkesan untuk membesarkan anak-anak berdasarkan pengaruh positif yang selaras dengan ajaran dan cara Rasulullah s.a.w.

  4. Peserta memperolehi maklumat yang cukup supaya dapat menyebarkan ilmu ini kepada keluarga, jiran dan rakan dalam usaha yang berterusan ke arah membentuk ummah yang cemerlang.

 

Program:

8:30 am
:
Pendaftaran
8:50 am
:
Ucapan aluan dan sesi berkenalan
9:30 am
:
Kuliah 1: Konsep Khalifah
10:30 am
:
Minum Pagi
11:00 am
:
Kuliah 2: Hukum Pembelajaran
12:00 pm
:
Aktiviti Dalam Kumpulan
1:00 pm
:
Makan tengah hari & Solat Zohor
2:00 pm
:
Kuliah 3: Ganjaran & Hukuman
3:00 pm
:
Kuliah 4: Parenting Guide
4:00 pm
:
Sesi soal jawab / kongsi pengalaman
5:00 pm
:
Penyampaian Sijil dan Penutup

 

Penceramah:

Prof. Madya Dr. Alini Marzuki
Puan Azra Banu
Puan Rosiah Jantan
Puan Badariah

 

Yuran Pendaftaran: RM 80

(Termasuk minum pagi & makan tengahari, kit permulaan, buku Membentuk Peribadi Cemerlang & pelbagai kertas kerja Prof. Dr. Muhammad Al'Mahdi dan sijil penyertaan)

Penyertaan adalah terhad.
Daftar sekarang untuk menempah tempat anda!

 

Borang Penyertaan:

NAMA
:
 
ALAMAT
:
 
 
TEL (R)
:
 
TEL (P)
:
 
TEL (HP)
:
 
E-MEL
:
 
PEKERJAAN
:
 
INSTITUSI
:
 
Download borang:    

Sila fakskan borang ini ke 03-4256 5423 (Khalifah Institute).

Hubungi kami untuk terus mendaftar di talian 03-42566810 (Idmaziah) atau 019-2268411 (Dr. Alini) atau email khalifahproject@yahoo.com untuk mengesahkan kedatangan anda.

Yuran merupakan sumbangan kepada Khalifah Institute dan boleh dibayar secara tunai atau wang pos atau bank draf atas nama "KI Training & Consultancy Sdn Bhd" atau bayaran terus ke No akaun: 562674202306 (Maybank)

Kami amat menggalakkan pembayaran dibuat sebelum atau pada 6 Jun 2008. Sumbangan tidak akan dipulangkan semula tetapi boleh dipindahkan untuk program sesi lain.

 

Kaedah Khalifah memberi penumpuan kepada tanggungjawab anak-anak sebagai Khalifah Allah di muka bumi dan disepadukan dengan pendekatan psikologi. Ibubapa akan diajar cara untuk mewujudkan persekitaran yang boleh menanamkan rasa cinta anak-anak kepada Allah, cintakan kebaikan, dan memberikan sebab mengapa sesuatu yang tidak baik itu harus dijauhi. Melalui ibubapa, anak-anak akan diajar pertahanan diri dan diberi ‘perisai’ apabila berhadapan dengan serangan pengaruh negatif dewasa ini, menggunakan kata hati.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Apabila matinya seseorang, semua amalannya terhenti kecuali tiga perkara: sadaqah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya. " (Muslim)

 

Main Menu
Home
About Us
Founder
Board of Trustees
News Clipping
Testimonials 
Programmes
Khalifah Training Organized by Khalifah Institute 
Khalifah Model School
Feedback
Contact Us
Publication (Khalifah Project)
Download
Powerpoint Presentation at 43rd Annual ISNA Convention by A. Karim Omar (Trustee of Khalifah Institute)
Order Form       
Copyright (c) Khalifah Institute. All rights reserved.
Developed by: Webmaster (www.islamic-world.net)