Buku ini bukan hanya suatu panduan bagaimana menjadi orang tua yang lebih efektif. Ia sebenarnya merupakan langkah pertama dalam pendidikan anak-anak untuk masa depan yang lebih baik dan gemilang. Peperangan, pembunuhan, penjualan dan penyalahgunaan narkoba, perampokan, vandalimse, eksploitasi, pencemaran alam, KKN, kelaparan, buta huruf, keruntuhan akhlak dan bermacam-macam lagi gejala sosial berlaku dengan merajalela pada masa kini. Seluruh dunia mengalami masalah ini pada kadar yang tinggi. Ini bukanlah dunia yang ditakdirkan Allah untuk kita warisi dan kita juga tidak menginginkan perkara yang menakutkan ini terus-menerus memusnahkan kehidupan anak-anak kita.

Pengetahuan dan teknik yang terdapat di dalam buku ini sangat berkesan dan jika digunakan dengan betul dan secara berkesinambungan, ia dapat membimbing dan membantu orang tua dalam membesarkan dan mendidik anak-anak mereka menjadi seorang muslim dalam arti kata yang sebenarnya; iaitu berhasil dalam dunia moderen dari segi akademik dan profesional disamping memegang teguh amalan dan cara hidup Islam. Buku ini merupakan hasil pertama Progam Khalifah, di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Tujuan utama dari Program Khalifah adalah untuk memberi rakyat Malaysia suatu pendekatan berkesan untuk mencemerlangkan keperibadian remaja sehingga Malaysia dikenali sebagai Negara yang mempunyai masyarakat yang ideal. Seterusnya kita boleh dijadikan model terbaik untuk pembangunan sosial di seluruh dunia. Untuk memastikan keberhasilan program ini, ia perlu dijadikan program rakyat Malaysia yang patut diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

(Nota: Walaupun buku ini mempunyai pendekatan Islam – kami rasa informasi yang terdapat di dalamnya sesuai untuk digunakan oleh semua ibu bapa tanpa mengira agama. Program seterusnya yang akan diterbitkan oleh Program Khalifah akan menumpukan perhatian kepada plurisme agama dan warisan budaya yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.)